Tuesday, October 11, 2011

Anak Kedua

 Assala'mu'alaikum semua kepada para pengunjung blog cara tanam uri.. diharap semua sihat belaka..
dan yang menunggu kelahiran cahaya mata tu.. semoga bersabar kerana sabar adalah separuh dari iman..
Kami mendoakan semoga selamat melahirkan cahaya mata yang comel..

 Jangan lupa bila lahir sahaja anak yang ditunggu, cepat cepat buat apa yang rasulullah ajar kan kepada kita semua.. azan, qamat, tahanek.. dan siapa yang mampu buat kan aqikah untuk anak kita.. semoga Allah merahmati dan memberkati amal ibadat kita semua, insya'Allah. Banyak lagi perkara perkara sunat yang rasullah anjurkan pada kita..



27 hari bulan 10 hari tu genap anak kedua saya masuk 2 bulan.. dan sekarang ni berat badan dia dah masuk 6 kg, Alhamdulillah syukur kepada Allah. bila fikir balik, anak sulung lahir 23/03/2010 anak kedua pulak 27/07/2011.. Tak sangka pulak tarikh anak saya lahir pada tarikh ganjil..  tapi apa pun syukur pada Allah...

 Masa anak sulung lahir, sempat jugak la saya cuci uri dan siap tanam skali.. Tapi masa anak kedua lahir, saya tak sempat tapi bapak mertua yang buatkan.. masa tu saya ada di jb bergerak ke klang dan baru dapat berita air ketuban mini den dah pecah.. kelang kabut siapkan semua kerja.. maklumlah kerja sebagai support system it tak boleh tinggalkan terbengkalai... nanti menjawab kat bilik meeting kenapa tingggalkan stesen minyak yang tgh down.. nasib baik ada mak n bapak mertua yang tolong..

 Walau macam manapun isteri saya lahir kan anak kedua di rumah kerana memeng dah tak sompat lagi...
sebelum tue katanya nak tgu maghrib dulu baru pg spital, cadangnye nak pg spital sungai buluh.. saya pun kata oklah kalau macam tue.. tapi sempat pesan ambil wuduk dulu dan makan kurma..

 Bila dah makan je kurma sebiji, contraction dah sampai... 3 kali teran je dah keluar Zinnirah... terkejut saya syukur pada Allah semua selamat bersalin kat rumah....

ni gambar kakak.. anak sulung saya..
namanya Zakirah Maisarah



ni pulak gambar adik.. namanya Zinirah Wafiyya dah masuk 2 bulan..
Alhamdulillah syukur pada Allah Ta'ala..

2 comments:

admin said...

comel anok demo.

mamamia said...

Alhamdulillah,terima kaseh...

Post a Comment

Video