Sunday, April 4, 2010

CARA TANAM URI

Dari meja pengarang,
Mohd Fuad Ismail.


Assalamualaikum WBT,

Kepada sekalian muslimin dan muslimat, semoga diberkati dan diredhai Allah S.W.T. Disini saya memohon maaf di atas rencana yang ditulis sekiranya terdapat pihak yang tidak bersetuju tehadap pandangan yang diberikan. Tapi sebelum itu, saya memperkenalkan diri saya sebagai insan biasa yang sentiasa mengharapkan redha Allah. Kerana kita sebagai hamba Allah, maka saya tergerak untuk menyampaikan dan menyeru terutama kepada diri saya sendiri dalam menyampaikan pesanan ini. Sabda Rasullullah S.A.W daripaba sanad yang sahih, "Sampaikanlah pesanku biar pun satu ayat"



Ada hadiah untuk pembaca budiman, sila baca sehingga tamat, anda akan memperolehi suatu pengalaman yang jarang dilihat manusia seumur hidupnya..

Dalam blog ini saya menampal semula rencana yang dibawa oleh saudara Mohd Masri pada jan 19, tahun 2008, mengisahkan tentang hukum hakam agama yang mana ianya melibatkan persepsi segolongan yang membawa kepercayaan yang melanggar akidah umat Islam, tentang cara tanam uri tembuni.

Saya terpanggil untuk menulis rencana ini untuk menyampaikan pesan Rasulullah S.A.W semasa khutbahnya bahawa dalam satu hadis daripada sanad yang sahih, yang membawa maksud

"".....Sesiapa yg diberi oleh Allah petunjuk maka tidak ada sesiapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang telah disesatkan oleh Allah maka tidak ada sesiapa yang dapat memberi pentunjuk kepadanya. Dan sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah dari Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah Nabi Muhammad saw. Dan seburuk-buruk kejahatan adalah mereka-reka (pembaharuan didalam agama) dan setiap rekaan adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan adalah tempatnya didalam neraka...." - An-Nasaai.

Di sini saya membawa sepotong ayat suci Al quran pada surah Al Isra' ayat 36 yang membawa maksud

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya".
QS. al-Isra' (17) : 36



Saya ingin menekan kan di sini bahawa amalan menanam uri di dalam masyarakat kita pada hari ini di selang seli dengan pertambahan tokok tambah yang amat mengelirukan dan pada pandangan saya menyesatkan akidah umat Islam dengan kepercayaan yang tertentu. Namun kepercayaan itu terlampau kuat sehingga ada yang terjerumus ke dalam kancah syirik dan khurafat dalam kehidupan umat Islam. Amalan dan kepercayaan cara tanam uri ini telah di bawa dari dulu lagi di mana kita sendiri tidak tahu pucuk pangkalnya. Seperti yang dirasai oleh insan yang sama pendapat dengan saya, kekuatan kepercayaan karut cara tanam uri yang membawa kepada syirik dan khurafat ini di bawa oleh orang tua-tua dahulu masih tidak lekang di dalam ingatan.

Di bawah ini adalah beberapa rencana yang saya war-war kan untuk tatapan pembaca sekalian, di harap segala pemesongan dapat kita perbetulkan supaya iktikad kita semua berada di atas redha Allah S.W.T.

DIkirim oleh mohd masri di Januari 19, 2008

Assalamuallaikum wr. wb.

Pak, Ustaz,

saya mahu bertanyakan tata cara tanam uri bayi secara syar’i. Mohon perinciannya Ustaz, ini kerana isteri saya sebentar lagi akan melahirkan anak kami yang pertama.

Waallaikumsalam wr. wb..

Alfari

Jawapan


Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Tidak ada aturan dalam syariah Islam tentang cara tanam uri bayi. Sedangkan kepercayaan bahawa uri mesti diuruskan dengan cara tertentu, kerana berpengaruh kepada bayi, hanyalah kepercayaan kosong yang tidak ada dasarnya dalam syariah.

Kala kepercayaan ini diteruskan, pelakunya boleh terjerumus ke dalam lembah syirik. Risikonya tentu sangat besar, kerana orang yang mati dalam keadaaan syirik, dosa-dsoa yang dibawa mati tidak akan diampuni.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.(QS. An-Nisa’: 48)

Kerana itu jangan sampai iman kita gugur hanya kerana kepercayaan salah tentang uri bayi. Cukup dibuang atau dikubur dengan niat agar kalau membusuk, tidak membahayakan manusia. Sama halnya dengan mengubur bangkai, perlu dikubur bukan kerana takut bangkai itu menjelma menjadi syaitan, tetapi agar tidak terjadi pencemaran.

Cara yang paling aman dan mudah adalah dengan menguburnya di dalam tanah. Demikian juga uri, boleh hukumnya untuk dikuburkan di dalam tanah. Tapi haram hukumnya kalau diikuti dengan beragam kepercayaan terhadap mitos-mitos tertentu tentang cara tanam uri bayi itu.

Wallau a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc.




Khurafat Tanam Uri Bersama Jersi Bola


oleh: AZWANI ABDUL GHANI
Bacaria Rabu 22 Jun 2005

SUBANG JAYA: Seorang penghuni sebuah pangsapuri di sini terkejut apabila melihat jirannya menanam uri bayinya yang baru lahir bersama sepasang but dan jersi bola.

Dia yang tidak menyangka kepercayaan seperti itu masih wujud di kawasan elit seperti Subang Jaya, dengan selamba bertanya: "mikrofon tak nak ke ?"

Bagaimanapun, bapa yang memang kaki bola itu hanya tersengih mendengar soalan si jiran.

Daripada kisah ini, apa yang jelas kepercayaan karut seperti cara menanam uri bersama pen atau buku dengan harapan si anak akan menjadi seorang yang pandai bila besar kelak, masih menebal sedangkan perbuatan itu hanyalah satu kepercayaan.

Bapa yang menanam uri anaknya bersama but dan jersi bola, tentu mahu si anak menjadi seperti David Beckham, sedangkan rasanya bapa Beckham pun tak pernah buat macam tu.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi, Dr Habibah Abd Ghani pula mendedahkan ada ibu bapa Melayu yang menanam uri bersama pensil, paku, jarum, gunting dengan harapan anaknya akan mempunyai kemahiran tertentu apabila dewasa nanti.

Malah ada juga yang menanam uri bersama dengan disket dan sebagainya kerana mahu anak mereka menjadi pakar dalam teknologi IT !
"Mungkin ada orang yang lakukannya. Itu semua kerana adat dan budaya turun-temurun. Jika ibu bapa di zaman ini tidak lakukan, pasti akan ditegur oleh orang tua.

"Dalam Islam, tiada adat seperti itu. Kita tanam uri supaya binatang buas tidak boleh menggali dan memakannya. Takkanlah kita mahu buang uri di tong sampah ? Takut perkara lain pula yang timbul seperti merebaknya jangkitan penyakit jika uri itu mempunyai masalah tertentu.

"Bagi saya, secara rasionalnya orang kita menanam uri adalah kerana adat dan oleh itu, hindarilah daripada terus memperkatakan perkara bukan-bukan mengenai uri,"katanya.

Apapun, BACARIA telah menghubungi Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Aluwi Parman untuk bertanyakan hal itu.

Menurut Aluwi, dalam Islam tidak ada nas yang menyuruh menanam uri mengikut cara itu, malah perbuatan itu adalah antara perkara yang boleh menyebabkan khurafat.

"Uri ialah satu benda yang mengiringi bayi. Kita hanya perlu menanamnya. Mungkin bersihkan sedikit, kemudian menanamnya. Tak payah basuh dengan asam garam," katanya.


Dia yang sedang berada di Tanah Suci Mekah ketika dihubungi, berkata tidak perlu ada upacara menanam uri seperti yang masih dilakukan oleh segelintir masyarakat Melayu.

"Apa yang lebih baik dilakukan oleh si bapa ialah mengazan atau mengiqamat anaknya yang baru lahir seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (SAW)," katanya lagi.

Bagaimanapun, adat atau kepercayaan ini sukar dihapuskan walaupun negara semakin maju.

"Ada yang masih berkeras mahu memasukkan uri di dalam tempurung kelapa sebelum menanamnya. Ada yang tanam bawah tangga. Saya pun tak tahu tujuannya.

"Selepas menanam uri, ada pula yang menyalakan pelita atau lilin kononnya untuk mengelak bayi mengalami kembung perut. Api itu dikatakan dapat 'memanaskan' bayi," katanya.

CARA TANAM URI.
CARA TANAM URI.


Antara upacara karut-marut yang masih dilakukan sewaktu menanam uri ialah:

-Letakkan pen, buku atau apa-apa barang yang kita mahu anak kita dikaitkan apabila besar. Buku atau pen untuk mendapatkan anak yang pandai atau sekarang mungkin mikrofon kalau ibu bapa mahu anaknya nanti jadi seperti Siti Nurhaliza !

-Tanam berdekatan anjung rumah untuk bayi lelaki atau berdekatan dapur untuk bayi perempuan (kononnya nanti pandai memasak).

-Apabila malam nyalakan unggun api/pelita/lilin atau apa-apa yang seumpamanya di atas permukaan tanah tempat uri tadi ditanam untuk seminggu dua supaya bayi tak kembung perut.

-Upacara ini dilakukan kerana kepercayaan bahawa uri ialah kembar bayi dan apa yang kita lakukan terhadap uri boleh mempengaruhi bayi apabila dewasa kelak. Contohnya kalau uri dibuang ke dalam tong sampah, nanti besar anak boleh jadi sampah masyarakat!




Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti. (Ali bin Abi Thalib)



Dan terima kaseh kepada semua pembaca yang budiman, di atas kesanggupan muslimin dan muslimat sekalian, dengan ini saya menghadiahkan kepada anda semua perkara yang jarang dilihat seumur hidup manusia. Saya menyalin semula clip video permandangan di dalam Kaabah, rumah ALLAH S.W.T. Saksikan dengan penuh keinsafan dan selawat lah ke atas Nabi kita Muhammad S.A.W..

SEMOGA PEMBACA BUDIMAN SEKALIAN MENDOAKAN SAYA KERANA MEMBERI SUATU PELUANG YANG JARANG DILIHAT OLEH SEUMUR HIDUP MANUSIA DI MUKA BUMI INI.

SILA SCROLL DOWN KEBAWAH...

1 comments:

KyRe@tiF said...

tq infomasi berguna..maklumlah dpt bby bukan selalu...Alhamdulilah

Post a Comment

Video